Bahasa Malaysia  |   English  

Rehabilitasi Vokasional

Rehabilitasi Vokasional

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak menyediakan Program Rehabilitasi Vokasional sebagai modul penting bagi memastikan individu yang terbencana akibat kecederaan atau penyakit untuk terus bangkit berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.

Setiap modul latihan kemahiran yang dirangka adalah komprehensif dan bersesuaian dengan keadaan klien yang masih mendapatkan rawatan akibat kecederaan industri atau menghidapi sebarang penyakit berkaitan. Melalui pelbagai modul yang komprehensif, Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak bakal menjadi peneraju dalam melahirkan pelatih berkualiti setaraf dengan pelatih normal!

Modul utama yang ditawarkan di Vokasional adalah:

Jahitan
Bakeri & Kulinari
Elektrik & Elektronik
Rekaan Grafik & Cetakan
Kraftangan
Modul Pengguntingan Rambut
Adaptive Clothing Workshop
Computer Skill Website
PPE