Pusat Rehabilitasi PERKESO
Keselesaan Berteraskan Kehijauan
Perkhidmatan Dengan Senyuman
Pusat Rehabilitasi PERKESO

Rehabilitasi Berorientasikan Teknologi

Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah sebuah pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa yang mengintegrasikan rawatan rehabilitasi perubatan dan vokasional. Pusat Rehabilitasi PERKESO ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

Maklumat Lanjut
Rehabilitasi Berorientasikan Teknologi

Perkhidmatan Kami

Pengurusan Hilang Upaya

Pengurusan Hilang Upaya

Pengurusan Hilang Upaya di Pusat Rehabilitasi PERKESO memfokuskan kepada penyediaan perancangan rehabilitasi yang komprehensif kepada pesakit. Setiap perancangan rehabilitasi pesakit akan diuruskan oleh Pengurus Kes dan dan dibantu oleh anggota klinikal dan rehabilitasi yang mengintegrasikan perkhidmatan daripada pelbagai disiplin.

Maklumat Lanjut
Rehabilitasi Perubatan

Rehabilitasi Perubatan

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kaedah rawatan pemulihan akan bergantung kepada keputusan dari setiap penilaian yang dibuat. Penilaian ini dibuat bagi menilai tahap ketidakupayaan pergerakan atau kefungsian semasa dan sebelum terbencana.

Penilaian awal akan dibuat berdasarkan model biopsikososial yang memfokuskan pada faktor kefungsian fizikal, tahap mobilisasi, keadaan fisiologi dan psikologi serta turut mengambilkira faktor persekitaran dan keperluan pesakit untuk kembali pulih atau bekerja.

Maklumat Lanjut
Rehabilitasi Vokasional

Rehabilitasi Vokasional

Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan Program Rehabilitasi Vokasional sebagai modul penting bagi memastikan individu yang terbencana akibat kecederaan atau penyakit untuk terus bangkit berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.

Setiap modul latihan kemahiran yang dirangka adalah komprehensif dan bersesuaian dengan keadaan pesakit yang masih mendapatkan rawatan akibat kecederaan industri atau menghidapi sebarang penyakit berkaitan. Melalui pelbagai modul yang komprehensif Pusat Rehabilitasi PERKESO bakal menjadi peneraju dalam melahirkan pelatih berkualiti setaraf dengan pelatih normal !

Maklumat Lanjut
Kemudahan & Penginapan

Kemudahan & Penginapan

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Setiap pelanggan yang mendapatkan rawatan di sini akan disediakan dengan kemudahan penginapan seperti wad dan hostel. Penempatan bagi setiap jenis penginapan akan ditentukan oleh doktor kami semasa sesi penilaian klinikal.

Hostel kami mampu menempatkan seramai hampir 300 orang pada satu-satu masa dengan jumlah bilik sebanyak 150 bilik. Setiap bilik telah direka khas untuk keselesaan dan memudahkan penggunaan kerusi roda selain kondusif dan mesra oku.

Maklumat Lanjut

Pencapaian Anda, Kejayaan Kami