Pusat Rehabilitasi Perkeso Fit Port Centre

Pusat Rehabilitasi PERKESO di Pelabuhan Tanjung Pelepas mula beroperasi pada 2 Mac 2020 dan lebih dikenali sebagai Fit-Port Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Ianya memfokuskan pada program pemulihan fizikal yang melibatkan rawatan fisioterapi yang komprehensif dan intensif untuk memaksimumkan potensi dan fungsi fizikal individu untuk menjalani kehidupan harian dan kembali bekerja secara optimum.

Antara modul rawatan yang kami praktikkan adalah seperti berikut :

Bagi modul Fisioterapi, pendekatan fizikal digunakan untuk menggalakkan, mengekalkan dan memulihkan fungsi dan pergerakan inividu untuk memaksimumkan kualiti hidup dan potensi pergerakan.

Modul rawatan dijalankan melalui :

  • Program pengurusan kesakitan (elektroterapi, ultrasound)
  • Terapi manual
  • Latihan terapeutik
  • Pengajaran semula gerakan fungsi untuk kawalan postur, keseimbangan, gaya berjalan dan koordinasi

Rehabilitasi Muskuloskeletal bertujuan untuk membuat penilaian dan intervensi secara terapeutik untuk otot, tendon, ligament atau tulang bagi sesuatu kecederaan atau penyakit.

Jenis kecederaan atau penyakit yang memerlukan rawatan secara rehabilitasi muskuloskeletal adalah seperti berikut :

  • Keadaan sakit akut dan kronik (contoh: Sakit belakang dan sakit leher)
  • Kecederaan traumatik seperti patah tulang, dislokasi, kecederaan tendon, ligamen dan saraf
  • Terseliuh dan ketegangan
  • Artritis
  • Kecederaan regangan berulang (cth: tendinitis, sindrom carpal tunnel)
  • Penggantian sendi
  • Osteoporosis
  • Kecederaan sukan

Fit-Port Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) turut dilengkapi dengan kemudahan berikut :

  • Elektoterapi (Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation –TENS)
  • Mesin Traction
  • Ultrasound
  • Terapi termal (panas dan sejuk)
  • Gim serbaguna
  • Treadmill
  • Basikal statik

Waktu Operasi
  • Isnin-Jumaat (8am - 5pm)
    Sabtu (Tutup)
    Ahad/Cuti umum (Tutup)
Talian Kami