Pembiayaan Sendiri

Pembiayaan Sendiri

Kini, kami di Pusat Rehabilitasi PERKESO bukan sahaja menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif kepada Orang Berinsurans PERKESO, malahan turut menyediakan perkhidmatan kepada bukan pencarum PERKESO melalui pilihan pembiayaan sendiri!

Kami juga menawarkan pakej rawatan yang pelbagai dan bersesuaian dengan keperluan anda bagi memastikan anda dapat kembali pulih atau memperoleh tahap keberdikarian yang optimum.

Tawaran Kami

Pakej dan pelan rawatan yang bersesuaian

Pakej dan pelan rehabilitasi akan disediakan khas dan bersesuaian mengikut keperluan dan keadaan anda. Harga pakej akan ditentukan setelah sesi penilaian awal anda dengan pasukan kami.

Pakej Kami

  • Penilaian Awal
  • Pakej Pendaftaran
  • Susulan Doktor
  • Rehabilitasi Treatment
  • Fisioterapi
  • Terapi Carakerja
  • Terapi Sensori
  • Klinik Penilaian
  • Dispensari
  • Rawatan Neuro-robotik and Cybernics
  • Rehabilitasi Vokasional

Klik sini untuk info lanjut tentang perkhidmatan kami.

Akses segera kepada perkhidmatan yang berkualiti

Tarikh temu janji yang lebih fleksibel.

Kemudahan yang selesa sepanjang rawatan anda di sini

Pilihan menu makanan yang sihat untuk semua sajian.

Waktu Operasi
  • Isnin-Jumaat (9am - 5pm)
    Sabtu (9am - 1pm)
    Ahad/Cuti umum (Tutup)
    Wad (24 Jam)
Talian Kami