Bahasa Malaysia  |   English  

Pusat Rehabilitasi PERKESO Shah Alam

Pusat Rehabilitasi PERKESO Shah Alam telah mula beroperasi pada 4 Julai 2023 dan bertempat di Tingkat 10, MSU Medical Centre, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pusat ini adalah salah sebuah pusat satelit yang ditubuhkan untuk memberi rawatan rehabilitasi kepada klien kami yang terdiri daripada Orang Berinsurans PERKESO dan bukan pencarum, khususnya di sekitar Lembah Klang.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Shah Alam (PRPSA) menawarkan rawatan rehabilitasi yang intensif dan memfokuskan pada Rehabilitasi Perubatan, Fisioterapi, Terapi Neuro-Robotik, Terapi Carakerja dan Pengurusan Hilang Upaya.

Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah seperti berikut :

PRPSA menawarkan perkhidmatan Penjagaan Perubatan yang komprehensif di mana setiap klien berpeluang untuk menjalani sesi rehabilitasi yang efisien dan merangkumi rawatan perubatan serta rawatan terapi pada masa yang sama.

Di PRPSA juga, Penjagaan Perubatan memainkan peranan dalam sistem Pengurusan Hilang Upaya. Kami menawarkan konsep Penjagaan Perubatan yang komprehensif dengan bantuan anggota klinikal dan jurupulih. Penjagaan perubatan yang komprehensif akan diuruskan oleh Jururawat dan Jurupulih yang profesional.

Klien yang memerlukan penjagaan rapi atau tidak mampu berdikari akan dirawat di dalam wad dan berada di bawah penjagaan Jururawat. Bagi menyokong program rehabilitasi, pusat ini turut menempatkan khidmat jururawat terlatih yang berperanan untuk memberikan perkhidmatan seperti Penjagaan luka, Penilaian Kesihatan (Tekanan Darah, Bacaan Glukosa, BMI & ECG) dan Pendidikan Kesihatan.

PRPSA juga turut dilengkapi dengan 26 buah katil, termasuk bilik isolasi untuk klien mendapatkan rawatan (inpatient).

Di PRPSA, Pengurus Kes bertanggungjawab menguruskan pelan rehabilitasi yang komprehensif mengikut tahap keupayaan klien dan membantu mereka mencapai matlamat sama ada berdikari dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian (ADL) mahupun kembali ke alam pekerjaan. Melalui Pengurusan Hilang Upaya, setiap pelan rehabilitasi klien akan diuruskan oleh Pengurus Kes dan dibantu oleh anggota klinikal yang mengintegrasikan perkhidmatan daripada pelbagai disiplin.

Di PRPSA, Jurupulih Anggota berperanan untuk memberikan rawatan terapi fizikal dengan tujuan untuk meningkatkan tahap berdikari klien dalam mobiliti.

Antara tujuan utama rawatan terapi fizikal adalah seperti berikut :

  • Menambahbaik kekuatan dan mobiliti bahagian atas dan bawah anggota.
  • Menambahbaik motor control.
  • Meningkatkan koordinasi dan keseimbangan.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan melalui terapi Magnethotherapy, Lightforce® Laser Therapy dan lain- lain lagi

Seperti pusat satelit lain, PRPSA juga menggunakan Teknologi Cyberdyne sebagai modaliti untuk rehabilitasi. Objektif utama penggunaan Cyberdyne adalah untuk membantu individu yang mengalami hilang upaya fizikal untuk mencapai tahap pemulihan yang maksimum.

Terdapat 3 jenis peralatan robotik Cyberdyne in PRPSA.

  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb HAL® Lower Limb Type- Membantu latihan berjalan.
  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb HAL® Single Joint Type- Meningkatkan pergerakan aktif bagi lutut, siku dan buku lali.
  • Cyberdyne Hybrid Assisitive Limb HAL® Lumbar Type- Meningkatkan tahap otot bahagian pinggang dan keupayaan daripada posisi duduk ke berdiri

Selain itu juga, ROBERT merupakan peralatan robotik terkini yang digunakan untuk menambahbaik proses rawatan rehabilitasi dan memberi kebaikan kepada petugas kesihatan dan masyarakat. ROBERT merupakan robot pertama di dunia yang direka khas untuk memberikan rawatan rehabilitasi kepada pesakit yang terlantar dan mengalami hilang upaya disebabkan Strok, Trauma atau mana-mana penyakit yang berkaitan.

Peralatan robotik ini membantu pesakit untuk memulakan pergerakan dan mula bergerak daripada kondisi terlantar. Ianya penting untuk memberikan rawatan rehabilitasi seawal mungkin walaupun pesakit masih terlantar atau masih berada di hospital.

Penggunaan alat ini adalah praktikal kerana ianya mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke satu tempat yang berbeza. Sehubungan itu, pesakit boleh kekal di atas katil dan fokus menjalani terapi dan pada masa yang sama tidak perlu bergerak ke fasiliti latihan atau katil lain untuk menjalani terapi.

Robert akan diletakkan di bahagian sebelah katil dan diposisikan dengan kaki pesakit. Penahan kaki (Brake) diaktifkan dan Robert akan mula berfungsi menjalankan terapi. Terapis akan membuat demo latihan pada pesakit terlebih dahulu dan robot akan membuat gerakan yang sama pada pesakit tersebut.

Gerakan terapi yang diberikan oleh Robert tidak hanya tertumpu pada latihan tertentu. Ianya akan meniru gerakan yang ditunjukkankan oleh terapis pada awalnya. Antara latihan yang diberikan adalah menggerakan kaki pesakit seperti melakukan instance flexion, abduction dan rotation.

Di PRPSA, Jurupulih Carakerja bekerjasama dengan klien melalui pelan rehabilitasi yang bersesuaian mengikut keperluan kecederaan atau penyakit yang dialami.

Jurupulih carakerja memfokuskan pada rawatan untuk Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL) yang melatih individu yang mengalami hilang upaya untuk melakukan rutin kehidupan seharian. Setiap klien akan dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti kebersihan diri, mencuci pakaian, asas pengurusan kewangan dan penjagaan diri.

Terapi Carakerja menawarkan rawatan melalui penilaian kognitif asas dan merancang latihan dan pencegahan berdasarkan keperluan klien.

Objektif utama bagi rawatan rehabilitasi melalui Terapi Carakerja adalah seperti berikut :

  • Mencegah tahap kehilang upayaan yang berterusan- melalui penilaian dan modifikasi kediaman, penggunaan peralatan yang bersesuaian (adaptive equipment), pendidikan dan kelas ergonomik.
  • Melakukan aktiviti kehidupan seharian secara bebas mengikut tahap kefungsian yang maksimum seperti mandi, memasak dan melakukan kerja rumah . etc : Tahap kefungsian kendiri.
  • Memelihara kesejahteraan dengan belajar cara menguruskan diri melalui pemakaian dan menghiaskan diri.
  • Meningkatkan kefungsian tangan dan motor halus melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti ArmMotus, WristMotus, SmartPegboard dan FlintRehab (FitMi dan music glove).
Waktu Operasi
  • Isnin-Jumaat (8am - 5pm)
    Sabtu (8am - 1pm)
    Ahad/Cuti umum (Tutup)
Talian Kami
  • +6019-3166087
Alamat
  • Floor 10, MSU Medical Center, Jalan Boling Padang 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.