Pusat Rehabilitasi PERKESO Quill City Mall

Sebagai satu inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk meluaskan lagi perkhidmatan rehabilitasi kepada Orang Berinsurans PERKESO, khususnya dan golongan pekerja secara amnya di Lembah Klang, sebuah Pusat Rehabilitasi PERKESO pertama untuk pesakit luar (outpatient) yang berkonsepkan integrasi komuniti di dalam pusat membeli-belah (mall) telah mula beroperasi di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2021.

Perkhidmatan yang disediakan di pusat ini memfokuskan kepada rehabilitasi neuro-robotik dengan menggunakan peralatan teknologi neuro-robotik Cyberdyne HAL (Hybrid Assistive Limb) dari Jepun. Selain itu, pusat ini juga turut mengutamakan kesihatan mental yang mempunyai keperluan yang semakin meningkat pada masa kini dengan menyediakan program rehabilitasi kesihatan mental.

Di samping itu, kami juga menawarkan program rehabilitasi fizikal yang termasuk fisioterapi dan terapi cara kerja serta rehabilitasi vokasional dan kesejahteraan mental.

Rawatan rehabilitasi akan dijalankan dengan menggunakan peralatan Neuro-robotik Cyberdyne HAL yang berikut :

  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb (HAL) Lower Limb Type
  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb (HAL) Single Joint Type
  • Cyberdyne Hybrid Assisitive Limb (HAL) Lumbar Type

Rehabilitasi fizikal merangkumi rawatan fisioterapi dan terapi cara kerja yang komprehensif dan intensif untuk memastikan klien mendapat keupayaan fizikal dan tahap kefungsian yang maksimum dalam kehidupan seharian atau semasa bekerja.

  • Program pengurusan kesakitan (elektroterapi, ultrasound).
  • Terapi manual.
  • Latihan terapeutik.
  • Pengajaran semula gerakan fungsi untuk kawalan postur, keseimbangan, gaya berjalan dan koordinasi.
  • Preskripsi alat bantuan berjalan
  • Preskripsi pendakap dan sokongan anggota

  • Simulasi dan Latihan Aktiviti kehidupan seharian (ADL)
  • Peralatan bantuan teknologi dan adaptasi
  • Splinting
  • Latihan Fungsi Tangan (Motor Halus and dexterity)
  • Preskripsi dan Penilaian Kerusi Roda
  • Modikasi kediaman dan tempat kerja
  • Konsultansi Ergonomik

Di PRP Quill City Mall, terdapat modul “Specialized Rehabilitation Programs” yang memfokuskan kepada jenis-jenis rawatan yang komprehensif mengikut sesuatu kecederaan atau penyakit yang dialami klien.

  1. Rehabilitasi Muskuloskeletal

    Rehabilitasi Muskuloskeletal bertujuan untuk membuat penilaian dan intervensi secara terapeutik untuk otot, tendon, ligament atau tulang bagi sesuatu kecederaan atau penyakit.

    Jenis kecederaan atau penyakit yang memerlukan rawatan secara rehabilitasi muskuloskeletal adalah seperti berikut :

    • Keadaan sakit akut dan kronik (contoh: Sakit belakang dan sakit leher)
    • Kecederaan traumatik seperti patah tulang, dislokasi, kecederaan tendon, ligamen dan saraf
    • Terseliuh dan ketegangan
    • Artritis
    • Kecederaan regangan berulang (cth: tendinitis, sindrom carpal tunnel)
    • Penggantian sendi
    • Osteoporosis
  2. Rehabilitasi Neurologi

    Rehabilitasi neurologi memfokuskan pada penilaian dan intervensi untuk klien yang mempunyai permasalahan berkaitan neurologi terutamanya yang melibatkan otak dan saraf tunjang.

    Rawatan ini penting dalam memastikan tahap berdikari dan kefungsian yang menyeluruh untuk seseorang individu walaupun mengalami hilang upaya seperti lumpuh, lemah badan, hilang koordinasi dan keseimbangan, peningkatan tona otot, kognitif dan kekurangan pandangan visual.

    Jenis kecederaan yang boleh dirawat melalui pendekatan secara Rehabilitasi Neurologi adalah :

    • Angin ahmar
    • Traumatic Brain Injury (TBI)
    • Kecederaan Saraf Tunjang
    • Penyakit Jangkitan seperti meningitis, encephalitis, polio, dan brain abscesses.
    • Penyakit berkaitan Neuromuskular seperti muscular dystrophy, Bell’s palsy, myasthenia gravis, dan Guillain-Barré syndrome
    • Ketumbuhan pada otak atau saraf tunjang.
    • Degenerative disorders seperti Parkinson disease, multiple sclerosis, amyotrophic lateral sclerosis (ALS), Alzheimer disease, dan Huntington chorea.
  3. Rehabilitasi Amputasi

    Matlamat utama pemulihan rehabilitasi selepas kehilangan anggota kaki adalah untuk membolehkan individu untuk berjalan dengan menggunakan alatan prostetik dan meningkatkan integrasi sosial serta persediaan bekerja.

    Rehabilitasi Amputasi merangkumi perkara berikut :

    • Rehabilitasi selepas pembedahan
    • Rehabilitasi Pra- Prostetik
    • Preskripsi Prostetik
    • Latihan Prostetik
    • Latihan Integrasi Komuniti
    • Rehabilitasi Vokasional
  4. Program Rehabilitasi Post-partum

    Program Rehabilitasi Postpartum ini bertujuan untuk memberikan pemulihan kepada ibu yang telah bersalin. Dengan bantuan senaman yang bersesuaian, setiap ibu akan dibantu oleh jurupulih yang profesional bagi meningkatkan keupayaan fizikal yang telah terjejas ketika mengandung.

    Kepenting program ini adalah seperti berikut :

    • Meningkatkan kekuatan dan fungsi otot pelvic floor
    • Menambahbaik ketidak kawalan urin dan penurunan organ pelvis yang berlaku selepas bersalin.
    • Meningkatkan kekuatan dan mobiliti badan agar dapat melakukan aktiviti yang sering dibuat semasa sebelum hamil.
    • Memberi sokongan dari segi emosi dan psikologi kepada ibu yang baru bersalin.

Tujuan utama Program Kesihatan Mental adalah untuk mewujudkan pengurusan emosi, kognitif dan skil sosial yang boleh membantu individu yang dibelenggu permasalahan psikososial untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian mereka.

Program ini berperanan untuk membantu individu untuk terus berdikari dan mampu untuk menjalani kehidupan dan pekerjaan dengan sebaiknya. Antaranya :

  • Untuk belajar ilmu baharu atau belajar semula skil kehidupan.
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Untuk mengharungi pelbagai senario dan kesukaran dalam kehidupan seharian.
  • Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa dan bebas.

Antara individu yang memerlukan perkhidmatan Kesihatan Mental adalah seperti berikut :

  • Individu yang memerlukan bantuan untuk memastikan diri sembuh dengan sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.
  • Invdividu yang mengalami hilang upaya dan memerlukan bantuan secara berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Individu yang memerlukan sokongan dan bantuan yang padu.
  • Individu yang tidak mempunyai sumber atau persekitaran yang menyokong mereka untuk berfungsi dengan baik.

Rehabilitasi secara vokasional bertujuan untuk membantu individu yang mengalami hilang upaya upaya untuk kembali bekerja melalui modul dan programn latihan yang berstruktur.

Program ini merangkumi pelbagai perkhidmatan seperti penilaian vokasional, modul latihan yang spesifik, upskilling & reskilling, kursus penambahbaikan, on the job training, kauseling karier, pencarian kerja serta keperluan dan modifikasi pekerjaan.

Waktu Operasi
  • Isnin-Jumaat (9am - 6pm)
    Sabtu (9am - 1pm)
    Ahad/Cuti umum (Tutup)