Bahasa Malaysia  |   English  

Kemudahan & Penginapan

Kemudahan & Penginapan

Keselesaan Anda Keutamaan Kami

1.ASRAMA

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Setiap klien yang mendapatkan rawatan di sini akan disediakan dengan kemudahan penginapan seperti wad dan asrama. Penempatan bagi setiap jenis penginapan akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan kami semasa sesi penilaian klinikal.

Asrama kami mampu menempatkan seramai hampir 300 orang pada satu-satu masa dengan jumlah bilik sebanyak 150 bilik. Setiap bilik telah direka khas untuk keselesaan dan memudahkan penggunaan kerusi roda selain kondusif dan mesra OKU.

Konsep bilik di asrama menitikberatkan aspek keselamatan di mana konsep kebergantungan kepada penjaga dapat dikurangkan. Kesemua bilik dilengkapi dengan dua katil single (twin-sharing room). Setiap katil mempunyai ketinggian yang lebih rendah dan membolehkan kaki terus memijak lantai. Kedudukan tingkap, suis lampu dan kipas juga terletak pada ketinggian yang lebih rendah agar mudah dicapai. Kemasan lantai menggunakan jubin yang bersesuaian bagi mengelakkan daripada terjatuh akibat licin. Antara ciri lain adalah seperti pintu tandas yang cukup luas dan membolehkan penggunaan kerusi roda di dalam tandas.

WAD

Selain kemudahan penginapan yang selesa, kami juga menawarkan khidmat penjagaan yang lebih rapi kepada klien yang menjalani rawatan di sini. Pasukan jururawat kami berperanan dalam menguruskan klien yang ditempatkan di wad. Keperluan perubatan akan diberikan dan kesihatan semasa klien akan dipantau oleh doktor dan jururawat yang bertugas.

Terdapat dua jenis wad, iaitu Wad Convalescent dan Wad Transition. Kedua-dua wad beroperasi sepanjang 24 jam.

PENGANGKUTAN / FLEET
PENGANGKUTAN / FLEET

Buggy yang mesra OKU dan berkeperluan khas disediakan bagi memudahkan pergerakan klien yang mendapatkan rawatan di dalam Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak.

Ambulans dan van transit turut disediakan untuk membawa klien keluar dari Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak sewaktu kecemasan. Ambulans juga digunakan untuk membawa klien ke klinik kesihatan atau hospital sekiranya terdapat temu janji perubatan yang telah dijadualkan. Ambulans dan van transit bersama pasukan fleet kami akan bergerak ke pelbagai lokasi di bahagian timur, utara, barat dan selatan Semenanjung Malaysia untuk membawa klien kami terus ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak dan pusat satelit untuk menjalani rawatan rehabilitasi.

SP1
SP2
SP3

Di sini, kami juga menawarkan pendekatan yang holistik dan tidak hanya tertumpu pada kesihatan fizikal dan mental sahaja.

Dengan adanya Sport Arena, klien berpeluang untuk beriadah di samping menjalani kaedah rawatan yang memfokuskan kepada aktiviti sukan dan integrasi sosial. Antara aktiviti sukan yang disediakan adalah badminton, ping pong, bola keranjang dan boccia.

SP1

Bekalan ubat akan disediakan oleh dispensari mengikut deskripsi yang diberikan oleh Pegawai Perubatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mengambil ubat daripada Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) di klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berkaitan.

*SPUB adalah ubat yang tidak disediakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Bagi memudahkan klien untuk mendapatkan keperluan, Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak Melaka turut dilengkapi dengan TRRC Chillin’ Experience (TCE) yang menjual barangan keperluan harian dan mini cafe.

Di TCE, klien boleh membeli pelbagai jenis barangan seperti makanan, keperluan mandian, penjagaan diri, cenderamata dan pelbagai lagi.

Kemudahan ini juga mudah diakses oleh klien kerana ianya berhadapan dengan bangunan asrama kediaman klien.

Setiap klien yang menjalani rawatan akan diberikan makanan sebanyak 4 kali sehari. Di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak Melaka, setiap klien boleh memilih menu pilihan sendiri untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dan minum malam.

Pemilihan menu adalah dengan menggunakan Sistem Pemilihan Makanan Sendiri atau Self-Ordering Food System.

Dengan menggunakan sistem ini, klien boleh membuat pilihan menu pada kiosk dengan mudah dan lebih interaktif.