Bahasa Malaysia  |   English  

Perkhidmatan Prostetik & Ortotik

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Jabatan Prostetik & Ortotik memainkan peranan yang penting dalam memberikan perkhidmatan nasihat serta pembekalan alatan prostesis & ortosis kepada klien kami.

Prostesis ialah alatan anggota badan palsu bagi menggantikan bahagian tubuh badan klien yang hilang. Ortosis ialah alatan sokongan yang digunakan untuk mengembalikan atau membetulkan fungsi tubuh badan klien.

Antara perkhidmatan lain yang turut diberikan termasuk:

  • Penilaian & preskripsi berkaitan penyakit yang dialami klien
  • Pembuatan, modifikasi dan pemasangan prostesis
  • Pembuatan, modifikasi dan pemasangan ortosis
  • Pembuatan, modifikasi dan pemasangan kasut khas
  • Servis pembaikan alatan prostetik & ortotik
  • Penyelenggaraan, pembaikan & pengubahsuaian kerusi roda
  • Analisis pergerakan dinamik klien menggunakan sistem VICON
  • Penilaian & pembekalan alatan prostesis & ortosis melalui sistem INSPIRE