Rehabilitasi Perubatan

Rehabilitasi Perubatan

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kaedah rawatan rehabilitasi adalah bergantung kepada keputusan daripada setiap penilaian yang dibuat. Penilaian ini dibuat bagi menilai tahap ketidakupayaan pergerakan atau kefungsian semasa dan sebelum terbencana.

Penilaian awal akan dibuat berdasarkan model biopsikososial yang memfokuskan pada faktor kefungsian fizikal, tahap mobilisasi, keadaan fisiologi dan psikologi serta turut mengambilkira faktor persekitaran dan keperluan klien untuk kembali pulih atau bekerja.

Pelan rawatan adalah berdasarkan kepada hasil penilaian dan perbincangan yang dibuat oleh pasukan multidisiplin rehabilitasi bersama-sama dengan klien dan ahli keluarga mereka (client centered approach). Rawatan ini turut mengambilkira faktor keadaan semasa pesakit, keupayaan fizikal, kefungsian pergerakan dan mobilisasi, keadaan mental, faktor ergonomik, risiko kecederaan yang bersesuaian dengan persekitaran kerja, komuniti dan gaya hidup klien.

Antara perkhidmatan rehabilitasi perubatan termasuklah fisioterapi, terapi carakerja, psikologi klinikal, terapi pertuturan, audiologi, optometri dan terapi diet.