Pusat Rehabilitasi PERKESO Kuala Terengganu

Pusat Rehabilitasi PERKESO Kuala Terengganu (PRPKT) telah mula beroperasi pada 28 Jun 2020 dan bertempat di Permai Park Inn Kuala Terengganu. Pusat ini merupakan satu-satunya pusat satelit yang beroperasi di bahagian pantai timur dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan robotik yang tercanggih bagi membantu proses rawatan rehabilitasi klien.

Di Kuala Terengganu, kesemua klien terdiri daripada pencarum PERKESO dan bukan pencarum. Setiap klien akan diuruskan oleh pengurus kes yang akan merancang pelan rehabilitasi semasa menjalani rawatan rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

PRPAD menawarkan proses rawatan intensif yang memfokuskan pada fisioterapi, Terapi Neuro-Robotik, Terapi Cara Kerja dan Pengurusan Hilang Upaya. Jurupulih anggota akan menyediakan kaedah rawatan fisioterapi yang komprehensif untuk membantu pesakit mencapai tahap mobilasi dan keupayaan berdikari yang maksimum. Kaedah rawatan yang diterapkan meliputi gabungan Terapi Manual dan Rawatan Robotik yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi.

Antara peralatan robotik dan berteknologi tinggi yang terdapat di PRPKT adalah seperti berikut :

  • Neuro-Robotik & Cybernics
  • Lokomat
  • Anti-gravity
  • Treadmill (Alter-G)
  • Huber 360
  • Biodex
  • Terapi Dry-Needling

Di PRPKT, Bahagian Terapi Cara Kerja akan melatih pesakit menguruskan kehidupan dan kemahiran bekerja agar klien menjadi lebih berdikari, produktif dan mampu menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.

Terapi Cara Kerja menggunakan peralatan rehabilitasi yang berteknologi tinggi dan terkini seperti berikut :

  • Orthogility CPM
  • Hocoma Armeo Spring
  • Motomed
  • Valedo
  • Flint Rehab
  • Chatanoga Wireless Pro
  • FitMii (Music)

Bagi menyokong program rehabilitasi, pusat ini turut menempatkan khidmat jururawat terlatih yang berperanan untuk memberikan perkhidmatan seperti Penjagaan luka, Penilaian Kesihatan (Tekanan Darah, Bacaan Glukosa, BMI & ECG) dan Pendidikan Kesihatan.

Waktu Operasi
  • Ahad-Khamis (8am - 5pm)
    Sabtu (8am - 1pm)
    Jumaat/Cuti umum (Tutup)
Talian Kami