ROBERT the Robot

ROBERT merupakan peralatan robotik terkini yang digunakan untuk menambahbaik proses rawatan rehabilitasi dan memberi kebaikan kepada petugas kesihatan dan masyarakat. ROBERT merupakan robot pertama di dunia yang direka khas untuk memberikan rawatan rehabilitasi kepada pesakit yang terlantar dan mengalami hilang upaya disebabkan Strok, Trauma atau mana-mana penyakit yang berkaitan.
Peralatan robotik ini membantu pesakit untuk memulakan pergerakan dan mula bergerak daripada kondisi terlantar. Ianya penting untuk memberikan rawatan rehabilitasi seawal mungkin walaupun pesakit masih terlantar atau masih berada di hospital.
Penggunaan alat ini adalah praktikal kerana ianya mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke satu tempat yang berbeza. Sehubungan itu, pesakit boleh kekal di atas katil dan fokus menjalani terapi dan pada masa yang sama tidak perlu bergerak ke fasiliti latihan atau katil lain untuk menjalani terapi.
Pendakap (Brace) akan diletakkan pada kaki pesakit (lower leg). Seterusnya, Robert akan diletakkan di bahagian sebelah katil dan diposisikan dengan kaki pesakit. Penahan kaki (Brake) diaktifkan dan Robert akan mula berfungsi menjalankan terapi. Kedua-dua bahagian akan dipasangkan dengan meletakkan tangan robot ke bahagian pendakap. Terapis akan membuat demo latihan pada pesakit terlebih dahulu dan robot akan membuat gerakan yang sama pada pesakit tersebut.
Gerakan terapi yang diberikan oleh Robert tidak hanya tertumpu pada latihan tertentu. Ianya akan meniru gerakan yang ditunjukkankan oleh terapis pada awalnya. Antara latihan yang diberikan adalah menggerakan kaki pesakit seperti melakukan instance flexion, abduction dan rotation.
Tekanan fizikal terapis akan berkurang dan permasalahan muskular berkaitan pekerjaan juga boleh dikurangkan secara lebih signifikan. Dengan adanya ROBERT the Robot ini, tekanan kerja dari segi fizikal dan penyakit berkaitan dengan pekerjaan seperti permasalahan muskular dapat dikurangkan dalam kalangan terapis. Pada masa yang sama, pesakit juga dapat memperoleh latihan fizikal yang optimum serta mengurangkan tempoh untuk sesorang pesakit berada dalam keadaan terlantar.
Perkhidmatan Kami
Waktu Operasi
-
9am - 5pm (Isnin-Jumaat)
9am - 1pm (Sabtu)
Wad & Asrama (24 Jam)