Bahasa Malaysia  |   English  

Perkhidmatan Rehabilitasi Klinikal

Klinik Penilaian
Klinik Penilaian

Perkhidmatan Rehabilitasi Klinikal adalah perkhidmatan sokongan perubatan yang bertujuan untuk mempercepatkan atau menambahbaik proses pemulihan semasa menjalani rawatan rehabilitasi yang merangkumi pemulihan fizikal, penilaian psikososial, latihan vokasional dan rawatan untuk meningkatkan tahap kefungsian.

Penilaian awal akan dibuat selepas setiap klien mendaftar masuk untuk menjalani rawatan. Sesi penilaian akan dibuat secara komprehensif dan menyeluruh bagi memastikan pelan rehabilitasi dapat dirangka secara optimum dan efisien kepada setiap klien.

Penilaian klinikal akan dibuat bersama Pegawai Perubatan. Berdasarkan penilaian klinikal yang telah diadakan, Pegawai Perubatan akan membuat perbincangan lanjut bersama Pengurus Kes untuk merangka pelan rehabilitasi klien.

Perkhidmatan Rehabilitasi Klinikal merangkumi program berikut :

  • Program Rehabilitasi Neuro-Stroke
  • Program Rehabilitasi Acquired Brain Injury
  • Program Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
  • Program Rehabilitasi Amputasi
  • Program Rehabilitasi Kesihatan Mental
  • Program Rehabilitasi Kardio

Perkhidmatan Rehabilitasi Klinikal Khusus adalah seperti berikut :

  • Program Spastisiti Khusus (Specialized Spasticity Management)
  • Program Khusus Modulasi - Neuro Specialized Neuromodulation Program (Transcranial Direct Current Stimulation/ Repetitive Transcranial Magnetic Stimulation)
  • Klinik Rehabilitasi Penelanan yang khusus (Specialized Swallowing Rehabilitation Clinic)
  • Pusat Penjagaan Luka Lanjutan (Advanced Wound Care Centre)
  • Program Latihan Penjaga (Carer Training Program)