Rehabilitasi Komprehensif Berorientasikan Teknologi

Satu Tempat Untuk Anda Pulih, Rehat Dan Belajar

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, hak milik penuh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa yang mengintegrasikan rawatan rehabilitasi perubatan dan vokasional. Pusat Rehabilitasi PERKESO ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

Terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka di kawasan seluas 55 ekar, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2014. Di sini kami menyediakan program rawatan yang komprehensif, intensif dan efisien di bawah satu bumbung, dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi yang dikendalikan oleh tenaga profesional pelbagai disiplin.

Kini, kami menjadi peneraju utama dalam program pemulihan perubatan yang melibatkan Fisioterapi, Terapi Carakerja, Terapi Hidro, Terapi Pertuturan, Terapi Robotik, Terapi Sensori, Pembangunan Prostetik dan Ortotik, serta Work Hardening & Industrial Rehabilitation. Pelbagai latihan kemahiran yang komprehensif juga ditawarkan di Bahagian Vokasional dengan fokus untuk mengembalikan semula pelanggan ke alam pekerjaan selepas mengalami hilang upaya.

Pusat ini juga menempatkan Neuro-Robotics Rehabilitation & Cybernics Centre yang dilengkapi dengan Robot Suit HAL® (Hybrid Assistive Limb), iaitu teknologi neurorobotik terkini dari Cyberdyne Inc. Jepun yang menggabungkan interaksi antara manusia, robot dan informasi. Pusat cybernics ini merupakan yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN serta keempat di dunia yang menawarkan perkhidmatan rawatan Cyberdyne HAL kepada pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau otak seperti lumpuh, penyakit neurodegeneratif dan sebagainya.

Hubungi Kami

Dunia sentiasa berubah di sekeliling kita. Untuk terus berkembang sebagai peneraju dalam bidang rehabilitasi untuk tempoh sepuluh tahun yang akan datang dan seterusnya, kita perlu melihat ke hadapan, memahami trend dan idea yang akan membentuk dunia kita di masa depan dan bergerak pantas untuk bersedia dengan apa yang akan datang. Kita mesti bersiap sedia untuk esok pada hari ini.

Kami bercita-cita untuk menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia yang terunggul dalam bidang rehabilitasi dengan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti untuk tujuan pengekalan pekerjaan dan reintegrasi sosial. Untuk mencapai visi ini, PRPSB menerapkan prinsip teras berikut:

  • Fokus pada kesejahteraan dan keselamatan pesakit (Focus on patient wellbeing and safety)
  • Melabur dalam pengurusan bakat (Invest in talent management)
  • Mendakapi teknologi dan inovasi (Embrace technology and innovation)
  • Memupuk kerjasama dan komunikasi (Nurture collaboration and communication)
  • Mengiktiraf akreditasi dan pendidikan (Recognising accreditation and education)
  • Memacu kemampanan, kecekapan dan pertumbuhan (Driving sustainability, efficiency and growth)
Bangunan Hijau

Pusat Rehabilitasi PERKESO

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Melaka memiliki elemen semula jadi dan bercirikan teknologi binaan mesra alam yang penuh dengan kehijauan dan moden. Pembinaan pusat ini menggabungkan bukan sahaja perancangan seni bina dan reka bentuk, malah turut dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

Konsep Bangunan Hijau di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak merangkumi:

  • Penggunaan cermin tingkap yang dapat mengurangkan penyerapan haba dan bercirikan 40% penyerapan haba dan yang selebihnya 60% haba akan dilepaskan.
  • Mempunyai sistem takungan air (water catchment) yang menyalurkan air hujan melalui saluran daripada bumbung ke tangki air bawah tanah (Underground Water Reservoir).
  • Penggunaan panel solar untuk penyalaan lampu jalan utama dan persekitaran.
  • Sistem penghawa dingin yang diselaraskan (centralized aircond) dan mengamalkan penggunaan gas R134A yang bebas dari chlorofluorocarbon (free CFC).
  • Penggunaan lampu jenis T5 dan berkonsepkan LED di mana 30% penjimatan elektrik dapat dilakukan berbanding penggunaan lampu biasa.
  • Memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam dan di luar bangunan.