Bahasa Malaysia  |   English  
Pusat Rehabilitasi PERKESO

Soalan Lazim

1.Siapakah yang layak mendapat rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

Kategori A (Pencarum PERKESO)

Orang Berinsurans PERKESO yang mengemukakan tuntutan di bawah Akta berikut:

  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 - Skim Faedah Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 - Skim Bencana Pekerjaan
  • Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
  • Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah (Akta 838) - Bencana Domestik & Perlindungan Keilatan

Kategori B (Bukan Pencarum PERKESO)

Individu (Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia) yang bukan pencarum PERKESO.

Sekiranya berminat untuk menjalani rawatan, pihak kami menyarankan tuan/puan untuk berhubung terus dengan Pusat kami yang berdekatan. Tuan/puan boleh menghubungi senarai Pusat Rehabilitasi PERKESO dan talian untuk dihubungi seperti berikut :

  • Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka (+06 235 4000)
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO Ara Damansara, Selangor (+603 7832 7595)
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO Kuala Terengganu, Terengganu (+609 620 5545)
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO, Quill City Mall Kuala Lumpur (+013 330 2249)
  • Fit-Port Centre Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor (+607 585 2666 )
  • Tiada bayaran dikenakan bagi pencarum PERKESO (Kategori A).
  • Sekiranya anda bukan seorang pencarum PERKESO (Kategori B), terdapat kos bayaran yang akan dikenakan mengikut pelan rawatan yang ditetapkan.

Sila klik pautan ini untuk makluman lanjut :
https://www.rehabmalaysia.com/pembiayaan-anda/pembiayaan-sendiri

Kriteria utama untuk mendapatkan rawatan adalah stabil dari segi kesihatan dan memerlukan rawatan rehabilitasi perubatan dan vokasional.

Terdapat pelbagai jenis kecederaan yang melibatkan kecederaan di tempat kerja dan penyakit lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antaranya adalah strok, kecederaan saraf tunjang, Traumatic Brain Injury (TBI), kecederaan muskuloskeletal dan pelbagai lagi.

Sila rujuk pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut :

https://www.rehabmalaysia.com/penerbitan

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka
Isnin hingga Jumaat ( 9 pagi – 5 petang)
Sabtu (9 pagi -1 petang)
Wad & Asrama (24 jam)

Fit-Port Centre Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
Isnin hingga Jumaat ( 8 pagi – 5 petang)
Sabtu/Ahad/Cuti Umum (Tutup)

Pusat Rehabilitasi PERKESO Kuala Terengganu, Terengganu
Ahad hingga Khamis ( 8 pagi – 5 petang)
Sabtu (8 pagi -1 petang)
Jumaat/Cuti Umum (Tutup)

Pusat Rehabilitasi PERKESO, Quill City Mall Kuala Lumpur
Isnin hingga Jumaat ( 9 pagi – 6 petang)
Sabtu (9 pagi -1 petang)
Ahad/Cuti Umum (Tutup)

Pusat Rehabilitasi PERKESO Ara Damansara
Isnin hingga Jumaat ( 8 pagi – 6 petang)
Sabtu (8 pagi -1 petang)
Wad (24 Jam)
Ahad/Cuti Umum (Tutup)

Tempoh rawatan adalah bergantung kepada keperluan dan tahap kecederaan setiap pelanggan. Pemantauan tempoh rawatan adalah berdasarkan Rehab Action Plan yang disediakan bersama pihak pelanggan.

Pelanggan akan disokong oleh Program Return To Work (RTW) dan proses penempatan pekerjaan bagi membantu pelanggan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.