Pengurusan Hilang Upaya
Pengurusan Hilang Upaya memfokuskan kepada penyediaan pelan rehabilitasi yang komprehensif kepada klien. Setiap pelan rehabilitasi klien akan diuruskan oleh Pengurus Kes dan dibantu oleh anggota klinikal dan rehabilitasi yang mengintegrasikan perkhidmatan daripada pelbagai disiplin.
Pengurus Kes akan menguruskan pelan rehabilitasi mengikut tahap keupayaan klien dan membantu mereka mencapai matlamat untuk kembali bekerja dan lebih berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, penjagaan perubatan memainkan peranan dalam sistem pengurusan hilang upaya. Kami menawarkan konsep penjagaan perubatan yang komprehensif dengan bantuan anggota klinikal dan jurupulih.
Perkhidmatan Kami
Waktu Operasi
-
9am - 5pm (Isnin-Jumaat)
9am - 1pm (Sabtu)
Wad & Asrama (24 Jam)