Rehabilitasi Amputasi

- Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kami menawarkan rawatan Rehabilitasi Amputasi yang menyeluruh dan melibatkan latihan Pra-prostetik dan Pasca-prostetik.
- Sebelum memulakan sesi latihan, Jurupulih Anggota akan membuat penilaian K-Level setiap klien yang mengalami amputasi kaki bagi memastikan tahap keupayaan fizikal dan latihan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan klien.
- Latihan Pra-prostetik melibatkan latihan untuk regangan dan kekuatan otot tangan, kaki, abdomen dan otot belakang. Klien juga akan diberikan latihan untuk meningkatkan stamina sebelum pemakaian prostetik seperti latihan kayuhan basikal statik, senaman isometrik, senaman aerobik secara duduk, latihan kekuatan abdomen dan otot belakang serta rawatan hidroterapi.
- Latihan Pasca-prostetik akan bermula selepas klien mendapat prostesis. Latihan Pasca-prostetik melibatkan latihan Gait Training, Keseimbangan, Koordinasi, Stamina, Functional Training, dan Latihan Kembali kepada Komuniti (Community Reintegration).
- Antara teknik atau skil asas yang akan dilatih oleh jurupulih anggota bagi penggunaan prostesis adalah seperti Weight Bearing, Weight Shifting, Kestabilan dan Koordinasi, dan Gait Training.
- Pada permulaan penggunaan prostesis, klien akan diberi alatan bantuan seperti sepasang elbow cruthches atau walking frame bagi membolehkan klien menyesuaikan diri untuk berjalan menggunakan prostesis.
- Setelah klien semakin stabil, jurupulih anggota akan melatih klien untuk berjalan dengan prostesis sehingga tanpa menggunakan sebarang alat bantuan berjalan sekiranya berdasarkan penilaian jurupulih anggota klien adalah selamat dan bersesuaian dengan K-Level klien.
- Secara amnya, tempoh masa Latihan Amputasi di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak adalah lebih kurang 3-4 bulan, bergantung pada tahap keupayaan fizikal dan kesihatan klien.
Perkhidmatan Kami
Waktu Operasi
-
9am - 5pm (Isnin-Jumaat)
9am - 1pm (Sabtu)
Wad & Asrama (24 Jam)