Pusat Rehabilitasi Perkeso Ara Damansara

Pusat Rehabilitasi PERKESO Ara Damansara telah mula beroperasi pada 1 September 2020 dan bertempat di Ara Damansara Medical Centre, Selangor Darul Ehsan. Pusat ini adalah salah sebuah pusat satelit yang ditubuhkan untuk memberi rawatan rehabilitasi kepada klien kami yang terdiri daripada Orang Berinsurans PERKESO dan bukan pencarum, khususnya di sekitar Lembah Klang.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Ara Damansara (PRPAD) menawarkan rawatan rehabilitasi yang intensif dan memfokuskan pada Rehabilitasi Perubatan, Fisioterapi, Terapi Neuro-Robotik, Terapi Cara Kerja dan Pengurusan Hilang Upaya.

Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah seperti berikut :

PRPAD menawarkan perkhidmatan penjagaan perubatan yang komprehensif di mana setiap klien berpeluang untuk menjalani sesi rehabilitasi yang efisien dan merangkumi rawatan perubatan serta rawatan terapi pada masa yang sama.

Di PRPAD juga, penjagaan perubatan memainkan peranan dalam sistem pengurusan hilang upaya. Kami menawarkan konsep penjagaan perubatan yang komprehensif dengan bantuan anggota klinikal dan jurupulih. Penjagaan perubatan yang komprehensif akan diuruskan oleh jururawat dan jurupulih yang profesional.

Klien yang perlukan penjagaan rapi atau tidak mampu berdikari akan dirawat di dalam wad dan berada di bawah penjagaan jururawat. Selain itu, jururawat juga berperanan untuk menyediakan preskripsi yang komprehensif berkenaan keperluan dan permasalahan berkaitan kesihatan pesakit.

PRPAD juga turut dilengkapi dengan 25 buah katil, termasuk bilik isolasi untuk klien mendapatkan rawatan (inpatient).

Di PRPAD, seorang Pengurus Kes bertanggungjawab menguruskan pelan rehabilitasi yang komprehensif mengikut tahap keupayaan klien dan membantu mereka mencapai matlamat untuk kembali bekerja dan lebih berdikari dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian (ADL). Melalui Pengurusan Hilang Upaya (Disability Management), setiap rancangan rehabilitasi klien akan diuruskan oleh Pengurus Kes (Case Manager) dan dibantu oleh anggota klinikal yang mengintegrasikan perkhidmatan daripada pelbagai disiplin.

Di PRPAD, jurupulih anggota berperanan untuk memberikan rawatan terapi fizikal dengan tujuan untuk meningkatkan tahap berdikari klien dalam mobiliti.

Antara tujuan utama rawatan terapi fizikal adalah seperti berikut :

  1. Menambahbaik kekuatan dan mobiliti bahagian atas dan bawah anggota.
  2. Menambahbaik motor control.
  3. Meningkatkan koordinasi dan keseimbangan.
  4. Mempercepatkan proses penyembuhan melalui terapi Magnethotherapy.

Seperti pusat satelit lain, PRPAD juga menggunakan Teknologi Cyberdyne sebagai modaliti untuk rehabilitasi. Objektif utama penggunaan Cyberdyne adalah untuk membantu individu yang mengalami hilang upaya fizikal untuk mencapai tahap pemulihan yang maksimum.

Terdapat 3 jenis peralatan robotik Cyberdyne in PRPAD.

  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb (HAL) Lower Limb Type- Membantu latihan berjalan.
  • Cyberdyne Hybrid Assistive Limb (HAL) Single Joint Type- meningkatkan pergerakan aktif bagi lutut, siku dan buku lali.
  • Cyberdyne Hybrid Assisitive Limb (HAL) Lumbar Type- meningkatkan tahap otot bahagian pinggang dan keupayaan daripada posisi duduk ke berdiri.

Di PRPAD, Jurupulih Cara Kerja bekerjasama dengan klien melalui pelan rehabilitasi yang bersesuaian mengikut keperluan kecederaan atau penyakit yang dialami.

Jurupulih cara kerja memfokuskan pada rawatan untuk Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL) yang melatih individu yang mengalami hilang upaya untuk melakukan rutin kehidupan seharian. Setiap klien akan dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti kebersihan diri, mencuci pakaian, asas pengurusan kewangan dan penjagaan diri.

Terapi Cara kerja menawarkan rawatan melalui penilaian kognitif asas dan merancang latihan dan pencegahan berdasarkan keperluan klien.

Objektif utama bagi rawatan rehabilitasi melalui Terapi Cara Kerja adalah seperti berikut :

  1. Mencegah tahap kehilang upayaan yang berterusan- melalui penilaian dan modifikasi kediaman, penggunaan peralatan yang bersesuaian (adaptive equipment), pendidikan dan kelas ergonomik.
  2. Melakukan aktiviti kehidupan seharian secara bebas mengikut tahap kefungsian yang maksimum seperti mandi, memasak dan melakukan kerja rumah . etc : Tahap kefungsian kendiri.
  3. Memelihara kesejahteraan dengan belajar cara menguruskan diri melalui pemakaian dan menghiaskan diri.
  4. Meningkatkan kefungsian tangan dan motor halus melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti FlintRehab (FitMi and music glove).
Waktu Operasi
  • Isnin-Jumaat (8am - 5pm)
    Sabtu (8am - 1pm)
    Ahad/Cuti umum (Tutup)
    Wad (24 Jam)
Talian Kami